Oleh: takusahrisau
Pelakon komedi kontroversi berbangsa Scotland, Frankie Boyle membalas sinis tweeter ucapan ‘salam Ramadhan’ daripada presiden Amerika Syarikat yang ditujukan olehnya kepada masyarakat Islam seluruh dunia. Frankie Boyle membalas tweeter Obama dengan menulis,
‘The ones you’re force feeding in Guantanamo?(merujuk kepada insiden paksaan makan di bulan Ramadhan di kem tahanan Guantanamo) or the ones you’re bombing?(merujuk kepada insiden pengeboman dan pembunuhan umat Islam di Afghanistan, Iraq dan beberapa wilayah Islam di seluruh dunia)
Profile Frankie Boyle:
Nama: Francis Martin Patrick Boyle
Asal: Pollokshow, Glasgow, Scotland
Lahir: 16 Ogos 1972(40 tahun)
Isteri: Shereen Taylor
Anak: Dua orang; seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
Pendidikan: Aston University(Urban Planning namun berhenti selepas setahun pengajian), Sussex University(English Literature)
Karier: Pelakon dan penulis bercorak komedi, gemar terhadap komedi bercorak kritikan terhadap ahli politik dan selebriti bernada sinis, dan kadang-kadang berunsur lucah dan kontroversi.
Kontroversi: Isu Palestin-Israel; Pada April 2010, Boyle muncul di Radio 4 sebagai panel jemputan di program Political Animal. Boyle memerli keadaan di Palestin sebagai ‘kek yang dihiris kepada cebisan-cebisan oleh Yahudi yang marah’. Boyle turut membuat lawak dengan nada memerli perilaku Israel terhadap rakyat Palestin dengan berkata “been studying Israeli Army martial arts. I now know 16 ways to kick a Palestinian woman in the back”. Boyle terkenal dengan kritikan pedasnya terhadap keganasan Yahudi di Israel. Pada satu tahap, Boyle mengaku pernah menitiskan air mata melihat dokumentari keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.