LISTEN 2 QURAN

Monday, June 15, 2009

Fikir2kan.... :P

Dalam sebuah majlis, seorang
> usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang
> ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya
> adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India
> yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut
> adalah perbualan mereka,
>
> Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam
> pengagihan ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi
> terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan
> bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan.
> Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara
> walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah
> bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami
> dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih
> berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu
> dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai
> kesamarataan antara kaum.
>
> Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2
> orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?
>
> Tan Sri: Oh... sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya
> hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah
> anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun.
> Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan
> banyak
> menyumbang kepada kemajuan syarikat.
>
> Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian
> saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah
> lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada
> syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.
>
> Tan Sri: Eh.. mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya
> dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak
> pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh
> senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada
> mereka.
>
> Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini
> asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu
> orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama
> rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri
> rasa wajar atau tidak permintaan tu?
>
> Tan Sri: ............ ......... ......... .........
> ........
>
> Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang
> berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang
> di Gemas, Negeri Sembilan.

No comments: